KUANTAN: Hanya 4,227 permohonan bantuan automotif dengan nilai anggaran tuntutan RM5.47 juta diterima daripada mangsa banjir di seluruh negara menerusi portal rasmi https://bantuanautomotif.hasil.gov.my setakat ini, sejak dilancarkan pada 18 Jan lepas.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata jumlah itu dilihat masih sedikit walaupun tidak mengambil kira mereka yang membuat permohonan manual, namun beliau berharap mereka yang belum berbuat demikian untuk segera melakukannya sebelum tarikh tutup pada 31 Mac ini.
"Mangsa yang mengalami kerosakan kenderaan akibat banjir harus peka dan memanfaatkan bantuan yang disediakan kerajaan yang bertujuan meringankan beban ditanggung mereka dalam kerosakan disebabkan bencana itu," katanya.
Mohd Shahar berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Bank Simpanan Nasional (BSN) Komuniti Mikro dan Kemudahan Perbankan di Sungai Lembing di sini, yang membolehkan penduduk sekitar menikmati kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bermula hari ini..
Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah, Timbalan Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BSN Jay Khairil Jeremy.
Mengambil iktibar daripada pengalaman banjir besar baru-baru ini, Mohd Shahar berkata Bank Negara akan berbincang dengan pihak insurans dan takaful untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengambil perlindungan insurans bagi bencana banjir.
"Ini juga melibatkan perancangan untuk keperluan industri terlibat menyediakan perlindungan komprehensif pada harga yang lebih mampu milik," katanya.
Untuk rekod, Mohd Shahar berkata hanya 16 peratus atau 1.8 juta kenderaan mempunyai perlindungan insurans atau takaful komprehensif termasuk untuk banjir.
Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar berkata kemudahan mesin ATM itu akan memanfaatkan kira-kira 4,000 penduduk Sungai Lembing yang sebelum ini perlu melalui perjalanan hampir 50 kilometer bagi mengeluarkan wang di bandar Kuantan.
Katanya selain untuk kemudahan masyarakat tempatan, ia juga memudahkan pelancong yang berkunjung ke Sungai Lembing yang pernah dikenali sebagai "The Elderado of The West" mengambil kira sejarahnya dalam perlombongan bijih.
Beliau juga berkata peruntukan RM5 juta telah diluluskan bagi membaik pulih kilang bijih timah di situ yang merupakan satu daripada tarikan pelancong selain pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Lembing telah bermula pada 15 Okt lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
Bank Negara akan berbincang dengan pihak insurans dan takaful untuk meningkatkan kesedaran pengguna untuk mengambil perlindungan insurans bagi bencana banjir. - Gambar fail/ Bernama
Kos perubatan Faisal Halim ditanggung sepenuhnya
Segala kos perubatan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, yang mengalami kecederaan melecur tahap empat akibat serangan asid akan ditanggung sepenuhnya.
Zainal Abidin sifatkan Faisal Halim individu kental
Legenda bola sepak Malaysia, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan tonggak Harimau Malaya Faisal Halim sebagai individu yang berjiwa kental dan tidak mengenal erti putus asa.
Kekejaman Zionis: Aktiviti ketenteraan di Rafah mimpi ngeri kemanusiaan
Beliau menegaskan sebarang serangan ke atas Rafah akan memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sudah teruk, berpotensi menyebabkan kebuluran dan penderitaan yang meluas.
'Faisal Halim bersemangat nak bangun, tak sabar kembali berlatih' - Shahril
Keadaan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim semakin baik selepas pembedahan kedua yang dijalaninya pada Selasa malam.
Konflik Timur Tengah: China-Perancis kecam serangan di Rafah
Kedua-dua negara dalam kenyataan bersama sekali lagi menegaskan keperluan mutlak untuk melindungi orang awam di Gaza berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Mengutamakan kanak-kanak sebagai pelaburan untuk masa depan
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma berpendapat, melabur dalam asas kanak-kanak seperti peningkatan dalam pendidikan, pembangunan infrastruktur asas, dan peningkatan dalam sistem kesihatan mampu membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dalam jangka panjang.
[INFOGRAFIK] Dapatan Utama | Ranjau Sepanjang Jalan
Berikut adalah info berkenaan dengan Dapatan Utama: Ranjau Sepanjang Jalan oleh UNICEF.
AWANI Ringkas: Kadar kemiskinan masih di tahap tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tawarkan gaji pemain bola yang realistik, elak pembaziran - Pakar
Secara umumnya, industri sukan perlu dikawal selia terutama dari segi sistem pengurusan kewangan kerana pada ketika ini, Malaysia jauh ketinggalan.
Malaysia mahu perkenal 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit - Johari
Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan 'diplomasi orang utan' kepada negara dagang sawit, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.